TOPIK 3.2 PERSURATAN
Selepas wujudnya sistem bahasa dan tulisan dalam kalangan masyarakat kerajaan Alam Melayu, maka kegiatan persuratan juga berkembang dan menjadi bukti keintelektualan masyarakat tersebut. Bukti kegiatan persuratan awal kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah dalam bentuk Batu Bersurat. Kemudian, ia juga ditemukan dalam bentuk manuskrip dan inskripsi yang ditulis pada pinggan ataupun kepingan emas dan perak.
Berikut merupakan bukti kegiatan persuratan yang dijalankan oleh masyarakat Kerajaan Alam Melayu:
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu yang bertarikh abad kedua.
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Champa dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikd 192 M. Selain itu, kegiatan persuratan ini juga dibuktikan dengan penemuan 206 buat batu bersurat lain. Malahan, terdapat juga penemuan berbentuk manuskrip pada abad ke-13 dan antara karya termasyhur adalah Akayet Indra Pura dan Akayet Dewa Mano.